Thursday, December 25, 2008

bicara karya Malim Ghazali PK


on 20 dec 2008 saya citrasakura bersama dengan tiga sahabat saya dari fakulti penulisan dan fakulti filem sempat pergi ke seminar Bicara Karya Malim Ghazali PK anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang.
Allhamdullilah program tersebut berjalan dengan jayanya.Apa yang menarik saya melihat program ini bukan sahaja sekadar membicarakan karya-karya Pak Malim tetapi semacam suatu perjumpaan dengan rakan-rakan lama dalam kalangan penyair itu sendiri.Bicara Karya bertajuk 'Daun' dibincangkan oleh Dato Dr Anwar Ridwan dekan saya sendiri di Akademi Seni dan juga Professor Emeritus Dr Budi Dhama (Pak Budi) manakala karya 'Ini Chow Kit Road Sudi lah Mampir! dibicarakan oleh En Shamsudin dan Rania(nama penuhnya tidak dapat saya ingati) daripada Indonesia.Perkongsian pengalaman dan ilmu oleh Pak Malim sendiri di Iowa Amerika Syarikat dan juga Saudara Azhar Ahmad di Bogor.Di akhir seminar saya menyaksikan persembahan-persembahan oleh penyair dari Malaysia dan Indonesia.Pak Malim Ghazali PK juga turut menyampaikan lagu-lagu puisi beliau antaranya 'benarkah laut itu biru'.Saya sempat berkenal-kenalan dengan Pak Budi dari Indonesia,Pak Puzi Hadi (beliau sempat menunjukkan puis-puisi beliau kepada saya sebelum seminar bermula.Waktu itu yang duduk semeja dengan saya selain rakan-rakan ialah wartawan dari Berita Harian dan Utusan,pensyarah saya En Azman Ismail dahulu beliau Editor di Utusan,dan beberapa lagi wartawan yang hadir yang tak sempat saya sebutkan disini).Pengalaman merupakan sesuatu perkara yang sangat bernilai dan waktu ini,saat saya bertemu dengan penyair-penyair pengalaman yang menurunkan inspirasi buat saya.
Tahniah buat Pak Malim Ghazali PK dan sekalung doa buat beliau dan keluarga beliau

Friday, October 24, 2008

kekasih by Tongkat Warrant...

akan ku pintal buih-buih menjadi tali mengikatmu...
akan ku anyam gelombang-gelombang menjadi hamparan ranjang tidurmu...
kan ku tenun awan-gemawan menjadi selendang menudungi rambutmu
akan kujahit bayu gunung menjadi baju pakaian malammu...
akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang menyinari dadamu...
akan ku jolok bulan gerhana
menjadi lampu menyuluhi rindu...
akan aku rebahkan matari menjadi laut malammu menghirup sakar madumu...kekasih hitunglah mimpi yamg membunuh realiti dengan syurga ilusi...

Wednesday, June 4, 2008

Tuesday, June 3, 2008

AKU.DIA.ILAHI

Dari IMAM SYAFIE...

Banyak mata yang terjaga,banyak juga yang terlelap memikirkan persoalan yang bakal atau sudah terjadi.Tinggalkan rasa dukamu semampumu kerana memikul beban duka boleh membuatmu hilang arah.Kelmarin TUHAN telah menolongmu,PERCAYALAH esok pun DIA masih tetap akan menolongmu...

A fRiEnD wHo'S AlWayS tHeRe...

Here is kawan susah senang aku..
Actually perjumpaan ni dah lama. Seingat aku dalam tahun lepas bulan berapa tak ingat.Tapi ni jumpa coz kebetulan Ara and Ida sedang cuti sem.Jadi tempat yang paling senang and dekat nak jumpa adalah Angsana.Banyak sangat cerita daripada mereka ni.Tentang pelajaran masing-masing,tentang kawan-kawan di kolej,tentang boyfriend(top topik) and macam-macam lah lagi.
So during a that date,kita makan-makan sambil cari selipar untuk Ara.That girl kalau keluar dengan dia tak cari kasut atau selipar tak sah.Apa dia buat makan ke selipar tu??Tapi inilah dia sebahagian orang yang buat hidup aku ceria dan bahagia.Walau jarang jumpa tapi dia diorang nilah tempat mengadu susah senang aku.Cayalah korang!Semoga you guys berjaya didunia dan akhirat.Cayang korang sume hidup dan mati aku
P/S.BuAT member yang gambarnya tak tersiar kat cini jangan merajuk,tunggulah turn ok hehehe

Friday, May 9, 2008


Takut Pada Perasaan Sendiri Adalah ketakutan Yang Luarbiasa_ SAKURA


Banyak orang buta kerana cinta,banyak orang leka kerana harta,banyak orang huru hara kerana dunia,banyak orang sangka mereka bahagia kerana berharta.Mereka tak tahu dunia sedang mempersendakan mereka,dunia sedang mentertawakan mereka.Banyak orang kehilangan cinta kerana mensia-siakannya,banyak orang tidak sedar mereka dirantai derita kerana mengejar mewah yang entah sekejap mana,banyak orang tak mengerti kehidupan yang hakiki ada pada ILAHI.Tak banyak juga yang menyedari cinta yang dicari ada didalam hati.Banyak orang tak memahami apa tujuab dunia didiami.Banyak orang membiarkan diri mereka dipenjara sengsara kerana sinar yang dicari gelita yang menanti.Tak banyak orang yang sedar CINTA HARTA DUNIA itu semua bukan milik kita,bukan milik sesiapa sebaliknya kita kita adalah punya yang Maha Esa

Tuesday, May 6, 2008

Ya Ilahi Tuhanku yang aku cintai,kau cintailah orang-orang yang aku cintai dan sayangi..
Lindungilah mereka Ya Allah dari sebarang keraguan dan kesusahan..Ya Allah Tuhanku Yang Maha Mengerti..Berkati mereka semua dengan rezeki yang kau limpahkan ,sejahterakan mereka dengan rahmat dan kasih Mu Tuhan..kerana hanya dengan itu aku bisa merasa apa itu bahagia...AMIN

don't afraid to be alone...

inspiration


ALL YOU TOUCH AND ALL YOU SEE IS ALL
YOUR LIFE WIIL EVER BE...

Falsafah Cinta

Cinta Bukan Mengajar Kita Lemah,Tetapi Membangkitkan Kekuatan.Cinta Bukan Mengajar Kita Menghina Diri,Tetapi Menghembus Kegagahan -HAMKA-