Thursday, December 25, 2008

bicara karya Malim Ghazali PK


on 20 dec 2008 saya citrasakura bersama dengan tiga sahabat saya dari fakulti penulisan dan fakulti filem sempat pergi ke seminar Bicara Karya Malim Ghazali PK anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang.
Allhamdullilah program tersebut berjalan dengan jayanya.Apa yang menarik saya melihat program ini bukan sahaja sekadar membicarakan karya-karya Pak Malim tetapi semacam suatu perjumpaan dengan rakan-rakan lama dalam kalangan penyair itu sendiri.Bicara Karya bertajuk 'Daun' dibincangkan oleh Dato Dr Anwar Ridwan dekan saya sendiri di Akademi Seni dan juga Professor Emeritus Dr Budi Dhama (Pak Budi) manakala karya 'Ini Chow Kit Road Sudi lah Mampir! dibicarakan oleh En Shamsudin dan Rania(nama penuhnya tidak dapat saya ingati) daripada Indonesia.Perkongsian pengalaman dan ilmu oleh Pak Malim sendiri di Iowa Amerika Syarikat dan juga Saudara Azhar Ahmad di Bogor.Di akhir seminar saya menyaksikan persembahan-persembahan oleh penyair dari Malaysia dan Indonesia.Pak Malim Ghazali PK juga turut menyampaikan lagu-lagu puisi beliau antaranya 'benarkah laut itu biru'.Saya sempat berkenal-kenalan dengan Pak Budi dari Indonesia,Pak Puzi Hadi (beliau sempat menunjukkan puis-puisi beliau kepada saya sebelum seminar bermula.Waktu itu yang duduk semeja dengan saya selain rakan-rakan ialah wartawan dari Berita Harian dan Utusan,pensyarah saya En Azman Ismail dahulu beliau Editor di Utusan,dan beberapa lagi wartawan yang hadir yang tak sempat saya sebutkan disini).Pengalaman merupakan sesuatu perkara yang sangat bernilai dan waktu ini,saat saya bertemu dengan penyair-penyair pengalaman yang menurunkan inspirasi buat saya.
Tahniah buat Pak Malim Ghazali PK dan sekalung doa buat beliau dan keluarga beliau