Sunday, August 9, 2009

maaf dan terima kasih

Belum pernah terlintas dalam fikiran bahawa kisah cinta akan datang menempel dalam hidup aku.Belum pernah terlintas di benak bahawa aku merasa sesuatu yang pahit untuk ditelan.Dia telah aku lepaskan,mengikut jalan dia dan aku dengan jalan hidup aku.
Ya...like a Mira said,ALLAH must have a better plan.Aku berharap untuk hidup dia juga.Pada aku cinta itu bukannya satu musim.Dimana ada cinta disitu ia akan berbuah.Pada aku cinta perkara pokok yang paling susah aku nak fahami.Oleh kerana aku tidak faham apa itu cinta maka aku menjadi jahil dalam menghargai perasaan orang lain terhadap aku.
tapi aku punya sebab meski aku tidak memerlukan 1001 sebab untuk membuat dia faham.
kita terlalu beza...begitu banyak bezanya alang aku belum lagi menemui mimpiku sedang dia sudah begitu banyak mimpinya membenihkan buah jaya.
Aku cuma mampu berterima kasih dan meminta maaf sejujurnya dari hati kerana dalam hidup ini tidak semua yang kita hajati akan menjadi milik kita.Aku sudah lama belajar itu dari kegagalan mimpi aku yang lalu.Tetapi kita tidak harus berhenti.Aku juga berharap dia tidak akan berhenti dari mencari hati yang membolehkan dia untuk berlindung.Sesungguhnya Allah itu lebih mengerti apa yang kita tidak mengerti.

Tempatkan aku dalam doa mu Hakimi.Terima kasih,terima kasih TERIMA KASIH.