Friday, January 30, 2009

catatan di Jengka 16,Pahang

Salam buat pendamai jiwa….

Aku kali ini kembara ke suatu tempat yang sebenarnya sudah lama ingin aku lawati.Kedatangan aku kali ini bukanlah sesutu yang saja-saja atau suka-suka tetapi lebih kepada mencari sesuatu yang disifatkan sebagai perjalanan minda dan pemerhatian nurani.Mungkin tempat ini bukanlah tempat yang menjadi buruan orang ramai untuk berkunjung namun aku percaya setiap tempat punya keistimewaannya.Jengka 16,Pahang.

Tanah tumpahnya darah sahabatku Nurul Farhana Sulaiman.Aku biasanya memanggilnya Nughul atau kadang-kadang nak ‘bermanja’ Nughul Sulaiman hehehe…

Sinilah tempatnya.Selalunya aku biasa mendengar kampung tercintanya ini hanya melaluinya bibirnya yang mongel itu namun kini aku dapat menyusuri jiwa dan raga Jengka 16 ini dengan mataku sendiri.Walau pun kedatangan ku disini tidak lama namun cukup sudah untuk melenyapkan kempunan aku untuk merasai udara dan matahari Jengka 16.

Berceita tentang persahabatan ku dengan Nurul Sulaiman,dia muda setahun daripada aku dan panggilannya terhadap aku juga ialah Kak Fiqa..lantaklah kau Nurul…aku satu pembelajaran dengannya,kadang-kadang satu kepala..kadang-kadang sebab aku rajin juga nak bertekak dengan dia..gaduh-gaduh manja hehehe..dia juga selalunya satu pandangan dengan aku.Selalu berkongsi cerita,luahan rasa jiwa-jiwa dan macam-macam lagi Kegemarannya yang paling utama ialah bercerita tentang kelurganya yang berada di kampung,kawan-kawanya masa sekolah dan juga kisah romeo & julietnya dengan AAE namun kini kisah itu jadi Laila dan Majnun sebab diaorang dah clash…Innalillah…

Bila aku jejakkan kaki ke tanah Jengka aku disambut mesra oleh kedua-dua orang tua Nurul.Aku senang dengan sifat ramah mereka.Maklumlah orang kampung sifat mereka tak pernah hilang walau zaman dah berubah banyak.Aku sebenarnya sifat aku yang sebenar setelah lahir ke muka bumi Allah ini tidaklah seramah mana,tapi kalau dah kena temoat dan berjumpa dengan orang yang sesuai ghaib sudah sifat pemaluku…Aku dijamu oleh gulai tempoyak ayam.Aku jadi jakun sebab ak belum pernah tu bagaimanakah rup gulai tempoyk tu.Orang selalu sebut pasal gulai tempoyak aku selalu bayangkan ia macam sambal belacan tapi sebenarnya dia memang macam gulai yang selalu aku nampak kat rumah aku.Apa dahhhh…

Berbalik kepada asalan aku mengarang ini cerita pada ini malam.Aku percaya pada apa yang aku lihat dan aku rasa sekarang.Aku sangat percaya pada apa yang aku tafsirkan.Contohnya di kampung nurani Nurul ni …tak payah Nurul dok sibuk cerita aku dah nampak dengan mata aku bagaimana erti sebuah kedamaian diaplikasikan dikampung nurul ni…tak macam tempat aku..ceh…dah datang tempat orang nak kutuk tempat sendiri pula hehehehe….

Namun inilah realitinya yang mungkin terpaksa ditelan oleh aku yang berbicara ini.Tempat kita memang tak sama dengan tempat orang namun apa yang ada adalah jantung-jantung dan nyawa-nyawa aku ada disana (ibubapa dan adik-beradik)

Salam buat pendamai jiwa aku sampaikan buat ibubapa nurul dan keluarganya yang melayan aku dengan begitu istimewa.Saya tinggalkan Pakcik dan Makcik dengan doa tulus dari saya semoga kita bertemu lagi jika sekiranya ada kesempatan waktu dan dikurniakan umur yang panjang…AMIN

Thursday, January 29, 2009

salam Dari Benua Rindu

Agak lama saya tidak menjengah ke laman tempat hati saya meluahkan rasa.Mungkin kerana tuntutan tugas saya sebagai pelajar yang membuatkan saya sedikit jarang menulis pada blog saya ini.Terasa amat rindu sekali pada ‘rumah’ saya ini.Salam Dari Benua Rindu.Semalam saya berbual panjang dengan seorang sahabat saya yang sama-sama menuntut dengan saya.Hasil perbualan kami yang panjang itu akhirnya merungkai rahsia disebalik wajah yang kita selalu temui namun tidak kita kenali hati budinya.Saya memahami sesuatu perkara semalam bahawa kita haruslah berdiri pada kebenaran diri dan menerima akan kelemahan orang lain sebagai satu ujian.Begitu juga didalam menjalinkan persahabatan.Saya percaya pada kelemahan diri saya dan mencuba untuk mengambilnya sebagai satu iktibar.Begitu juga dengan sahabat saya yang lain-lain.Saya berbicara mengenai seorang sahabat yang saya tidak temui sudah lama kerana ‘dia’ berpindah dan melanjutkan pelajarannya ke institusi lain..dan dari situ saya menyedari akan beberapa perkara.Mungkin bukan salah 'dia' juga atas apa yang berlaku pada hubungan persahabatan diantara saya dan ‘dia’ .Secara tulusnya,saya berharap apabila saya berjumpa dengan ‘dia’ kelak,saya bisa maafkan ‘dia’ dan ‘dia’ juga bisa memaafkan saya.Sayangnya hubungan persahabatan yang pada awalnya terjalin mesra berubah menjadi satu perhubungan yang dingin.Saya juga tidak tahu mana puncanya.Mungkin kerana ego seorang manusia membataskan kita untuk berkongsi rasa.Lalu saya dan ‘dia’ berpisah dengan hati masing-masing ada kesan calar yang tak dapat diubati.Mungkin akan terhapus dengan masa.Biarlah….

Salam kemaafan dari hati citrasakura…