Thursday, January 29, 2009

salam Dari Benua Rindu

Agak lama saya tidak menjengah ke laman tempat hati saya meluahkan rasa.Mungkin kerana tuntutan tugas saya sebagai pelajar yang membuatkan saya sedikit jarang menulis pada blog saya ini.Terasa amat rindu sekali pada ‘rumah’ saya ini.Salam Dari Benua Rindu.Semalam saya berbual panjang dengan seorang sahabat saya yang sama-sama menuntut dengan saya.Hasil perbualan kami yang panjang itu akhirnya merungkai rahsia disebalik wajah yang kita selalu temui namun tidak kita kenali hati budinya.Saya memahami sesuatu perkara semalam bahawa kita haruslah berdiri pada kebenaran diri dan menerima akan kelemahan orang lain sebagai satu ujian.Begitu juga didalam menjalinkan persahabatan.Saya percaya pada kelemahan diri saya dan mencuba untuk mengambilnya sebagai satu iktibar.Begitu juga dengan sahabat saya yang lain-lain.Saya berbicara mengenai seorang sahabat yang saya tidak temui sudah lama kerana ‘dia’ berpindah dan melanjutkan pelajarannya ke institusi lain..dan dari situ saya menyedari akan beberapa perkara.Mungkin bukan salah 'dia' juga atas apa yang berlaku pada hubungan persahabatan diantara saya dan ‘dia’ .Secara tulusnya,saya berharap apabila saya berjumpa dengan ‘dia’ kelak,saya bisa maafkan ‘dia’ dan ‘dia’ juga bisa memaafkan saya.Sayangnya hubungan persahabatan yang pada awalnya terjalin mesra berubah menjadi satu perhubungan yang dingin.Saya juga tidak tahu mana puncanya.Mungkin kerana ego seorang manusia membataskan kita untuk berkongsi rasa.Lalu saya dan ‘dia’ berpisah dengan hati masing-masing ada kesan calar yang tak dapat diubati.Mungkin akan terhapus dengan masa.Biarlah….

Salam kemaafan dari hati citrasakura…


1 comment:

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Salam, saya teruja dengan laman blogger saudari. Kalau kita duduk berzikir mengadapNya di malam gelap, lama kelamaan kita akan dapat gambaran sebegini dengan syarat minda telah dikosongkan hanya ingat kepadaNya. Mata hati sudah terbuka... gambaran indah penuh warni warni seolah-olah diwaktu dinihari... jadi gambaran blogger saudari ini memang wujud... Tahniah...

sila layari dan memberi komen blogger saya: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/

Good guy goes to heaven, bad guy goes to Patong

Desperate Man
Siri 1 - Power&Play vs girls hunter

Anak Borneo memang jantan. Dapat gadis Pruket PERCUMA...