Friday, January 30, 2009

catatan di Jengka 16,Pahang

Salam buat pendamai jiwa….

Aku kali ini kembara ke suatu tempat yang sebenarnya sudah lama ingin aku lawati.Kedatangan aku kali ini bukanlah sesutu yang saja-saja atau suka-suka tetapi lebih kepada mencari sesuatu yang disifatkan sebagai perjalanan minda dan pemerhatian nurani.Mungkin tempat ini bukanlah tempat yang menjadi buruan orang ramai untuk berkunjung namun aku percaya setiap tempat punya keistimewaannya.Jengka 16,Pahang.

Tanah tumpahnya darah sahabatku Nurul Farhana Sulaiman.Aku biasanya memanggilnya Nughul atau kadang-kadang nak ‘bermanja’ Nughul Sulaiman hehehe…

Sinilah tempatnya.Selalunya aku biasa mendengar kampung tercintanya ini hanya melaluinya bibirnya yang mongel itu namun kini aku dapat menyusuri jiwa dan raga Jengka 16 ini dengan mataku sendiri.Walau pun kedatangan ku disini tidak lama namun cukup sudah untuk melenyapkan kempunan aku untuk merasai udara dan matahari Jengka 16.

Berceita tentang persahabatan ku dengan Nurul Sulaiman,dia muda setahun daripada aku dan panggilannya terhadap aku juga ialah Kak Fiqa..lantaklah kau Nurul…aku satu pembelajaran dengannya,kadang-kadang satu kepala..kadang-kadang sebab aku rajin juga nak bertekak dengan dia..gaduh-gaduh manja hehehe..dia juga selalunya satu pandangan dengan aku.Selalu berkongsi cerita,luahan rasa jiwa-jiwa dan macam-macam lagi Kegemarannya yang paling utama ialah bercerita tentang kelurganya yang berada di kampung,kawan-kawanya masa sekolah dan juga kisah romeo & julietnya dengan AAE namun kini kisah itu jadi Laila dan Majnun sebab diaorang dah clash…Innalillah…

Bila aku jejakkan kaki ke tanah Jengka aku disambut mesra oleh kedua-dua orang tua Nurul.Aku senang dengan sifat ramah mereka.Maklumlah orang kampung sifat mereka tak pernah hilang walau zaman dah berubah banyak.Aku sebenarnya sifat aku yang sebenar setelah lahir ke muka bumi Allah ini tidaklah seramah mana,tapi kalau dah kena temoat dan berjumpa dengan orang yang sesuai ghaib sudah sifat pemaluku…Aku dijamu oleh gulai tempoyak ayam.Aku jadi jakun sebab ak belum pernah tu bagaimanakah rup gulai tempoyk tu.Orang selalu sebut pasal gulai tempoyak aku selalu bayangkan ia macam sambal belacan tapi sebenarnya dia memang macam gulai yang selalu aku nampak kat rumah aku.Apa dahhhh…

Berbalik kepada asalan aku mengarang ini cerita pada ini malam.Aku percaya pada apa yang aku lihat dan aku rasa sekarang.Aku sangat percaya pada apa yang aku tafsirkan.Contohnya di kampung nurani Nurul ni …tak payah Nurul dok sibuk cerita aku dah nampak dengan mata aku bagaimana erti sebuah kedamaian diaplikasikan dikampung nurul ni…tak macam tempat aku..ceh…dah datang tempat orang nak kutuk tempat sendiri pula hehehehe….

Namun inilah realitinya yang mungkin terpaksa ditelan oleh aku yang berbicara ini.Tempat kita memang tak sama dengan tempat orang namun apa yang ada adalah jantung-jantung dan nyawa-nyawa aku ada disana (ibubapa dan adik-beradik)

Salam buat pendamai jiwa aku sampaikan buat ibubapa nurul dan keluarganya yang melayan aku dengan begitu istimewa.Saya tinggalkan Pakcik dan Makcik dengan doa tulus dari saya semoga kita bertemu lagi jika sekiranya ada kesempatan waktu dan dikurniakan umur yang panjang…AMIN

2 comments:

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Tahniah...

blogger saudari cantik, teruja saya pada gambar-gambarnya. Gambar-gambar itu mengingatkan saya waktu kita berfantasi atau bila mata hati kita terbuka kita akan melihat gambaran sebegini... itu bagi orang yang boleh melihat dengan mata hati. Sebenarnya gambaran di mata hati lebih dahsyat lagi... lebih cantik atau aneh... anyway teruskan menyimpan gambar sebegini sekurang-kurangnya anda sudah melihat dengan mata hati walaupun tidak belaku...

sila layari: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/

Good guy goes to heaven, bad guy goes to Patong

Desperate Man
Siri 1 - Power&Play vs girls hunter

Anak Borneo memang jantan. Dapat gadis Pruket PERCUMA. Entah macam-mana 'ayat' kita tak tau... Ayat SMSnya betul-betul power....

Cinta Al-Aqsa said...

bibir nughul mongel? sini aku tonyoh gn budu.. tgok mongel lg x ..haha